Friday, January 21, 2011

Kawan2 ku


me,tkah n nik
Bismillahirahmanirahim
Post ini ditulis tatkala kerinduaan menjengah minda terhadap sahabat2 kesayangan yg selalu bersama2 mngharungi kehidupan meskipun kini berada jauh namun sentiasa dekat dhati.~tkah n nik~..Indahnya ukhwah andai ia terjadi dgn nawaitu lillahiTaala...


 
yaya,fatin n ummu
meskipun diaorang selalu bersamaku ke kelas tp ttb jd teringat...Kadang2 ble ak pkir blik ak nie byak nyusah kn diaorang dgan sikap kepala batu ak..da byk kali gado..huhu(ampun ya anda bertiga)..ada jnji xdegil lg...hoho~


~hoho~








speku2...hoho..mcm mne ek nk describe yg nie..dia bek...,mnghulurkn salam perkenalan tatkala hati ak hncor berderai n byk nasihat yg diberikan..ak doakn smoga ALLAH memberikn rahmat kepadanya dan bjaya dalam kehidupannya dan bertemu jodoh yg bek kerana dia berhak...(mati ak klu dia bca post ni..hoho..,arap2 dia xbce la blog nie)...ak tlis tntg dia dlm post kali nie tntg dia sb kitaorang da xcontact sgt..sbg pnghrgaan ats nshat2nya sblum nie...Trimas ya awk...:)



wani,emah,adaa n najmi
erm diaorang nie plak ex-rumet ak...Diaorang bek n byk bg smngat disaat ak melakukan perubahan..Memberi ak smngat tatkala ak dalam kekeliruan mencari arah untuk dituju agar memperolehi ketenangan..Dan kdg kala ak byk bt diaorang  pning kpala ngan skap ak tmbah2 time br bgun tido..hoho(ampun ya korang,ada cuba snyum da skarang ble bngun dr tido)...

Saturday, January 15, 2011

Nafas Cinta Insyirah

Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
ps/s:Buat wanita islam,jgn mudah mengalah dalam menyelusuri jalan yg penuh berduri dan beranjau kerana ALLAH sentiasa disisi..Jadikanlah tokoh wanita dahulu sebagai pemangkin

Friday, January 14, 2011

Jauhkan Rindu

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.
- Artikel iluvislam.com

Kenapa ak Berubah???

Saat ak mengubah penampilan semua tertanya2 kenapa??dan kenapa??...Ak xmampu untuk menceritakn knapa disebalik perubahan itu hanya senyuman sebagai jawapan....Namun jauh disudut hatiku ade satu cita2 yg ku tanam,moga ALLAH Redha...ak thu mungkin mustahil untuk kutemuinya didunia ini namun ak berdoa agr mampu menjadi sahabatnya diAkhirat kelak..Ak berdoa agar dia dan suaminya diberi ketenangan,kebahagiaan dan kekuatan dalam menyebarkan dakwah untuk menggapai Redha Illahi...

Sunday, January 9, 2011

Minggu pertama sem baru

Bersesuaian dengan permulaan semester baru
Bismillahirahmanirahim.......
 Sukar utk ak luah perasaan di ketika ini...namun ak sedar setiap yg terjadi pasti dengan izin ALLAH meskipun yang baik juga buruk...Yang buruk adalah dugaan utk dijadikan panduan agar tidak akn berulang lg dimasa hadapan dan menjadi sempurna meskipun adalah mustahil....Yang baik adalah anugerah ALLAH terhadap kita agar sentiasa bersyukur...
  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu,sedangkan ia tidak baik untuk kamu...Sesungguhnya ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"     (al-baqarah,ayt: 216)

Beberapa hari disini(dungun)
  Hati masih lg gundah,puas sudah mencari ketenangan itu...YA ALLAH,bglah ak kekuatan dan ketenangan itu...saat ini peneman setia hnya air mata...Xthu asal sem nie homesick sngt..adoila,dgan jauhnya kawan..

Minggu kedua disni: ak sedikit lega dan sudah mampu tersenyum dan disamping tu jgk da boley kurangkan jumlah airmata yg mengalir...huhu..kuliah juga spt biasa..msih blum bergelumang dengan kebizian..Alhamdulillah.

Cerita terbaru
Tadi ak g blik kawan,ingt nk ziarah2 sambil buat draft tuk assigment tp len jdnya..pegi bkak cter lak..Sorang coursemate ak planning nk tukar blik sb beberapa problem teknikal..Bila ak pikir balik,ak nie da kira beruntung skarang sb almost pblem pasal kekokan da settle n leh sesuaikan diri...Ak selalu cakap kat diri ak "adaa,ALLAH xkan uji kita diluar kemampuan kita dan ALLAH juga tidak akan menciptakan sesuatu melainkan sia-sia(mksudya setiap benda yg terjadi pasti ade kebaikannya)"...

Kesimplan
Jangan mudah putus asa kerana kita tidak tahu perancangan ALLAH kerana sebaik2 perancangan adalah DIA...Dan juga cuba untuk bersikap redha dalam menerima ujian-NYA kerana disebalik itu terkandung beribu hikmah dan juga pulangan yang besar untuk saham diakhirat kelak...
............WasalaM............