Thursday, September 30, 2010

25 Pesanan Lukman Hakim

gambar sekadar hiasan
 Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

 Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga
.
 Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

 Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

 Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

 Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

 Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

 Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

 Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

 Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

 Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

 Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

 Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

 Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

 Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

 Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

 Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

 Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu
.
 Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

 Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

 Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

 Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

 Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

 Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Tuesday, September 28, 2010

imejku lg yg jd speku

Seperti biasa,hr ahd 26/9 ak ke kelas seperti biasa tp agk tension sb ari nie ade test..Seawl  5 ak bgn tuk sahur n stay up smpaila nk g klas kul 8.sb lau tido comfirm lwat ak g klas n of cos jd kalut...smpai kt klas,lbih kurang 45minit ktaorang tnggu..tnggu pnya tnggu ustazah xmai gk..adoila memg nsib btul la...ak ape lg bengang la,tp cpt2 col la kn ble teringat kata2 "syaitan nie suka sgt lau kita dalam keadaan amarah,senang digoda".. (ceh poyo btul ayat..hukhuk)..so ak pn g la library nk isi wktu senggang sementara menanti kelas eco bermula,xsmpai stngah jam studi mula la borink,ak pn ape lg "ummu jom kta g ambik gmbar"..hehe(teruk btulkn,dhla mls studi..aii pngaruh org lak tue..maafkn adaa ummu..huhu)

mne ek bku nie???

isyhh2 ummu tekunnya..usha tngga kjayaan k



khusyuk studi..(berlakon k)

So itulah hasil yg kami dpt spnjg brada kt library.kuang3..cntikkan??cam model gitu kan..hihi                                                           
                                                                                                                                       
ok2 bebalik kpd tjuk post aku niey,cmnie citernya...nie perbualan aku n sorang girl nie..
girl: "adaa sjak ble nie bermula pakaian cm muslimah??knapa pakai cmni siap2 ngan handsock nie                                                                                      
aku:(sambil tersengih2 fkir jwapan yg sesuai)..erm actually adaa da kawen time blek 
cuti rya ari tue..nie cincin kawen adaa..jwapku polos.hahaha....                     
girl:la ya ker(muka serius n pnuh pcya)..Ooo sb tu la adaa pkai cmni??erm(thinking2)                                                                                                       
aku:(trasa nk pcah prut..hehehe)..ha'a la,bla da kawen kna la pkai cmni..ikut ckp suami
girl:org pn nk pakai tdungla bla da kawen nanti dan bla bla bla............................
aku:owh bgusla lau cmtu..Alhamdulillah dan InsyaALLAH....                                 


Dalam hatiku berkata "camne kalau mati sebelum kawen?"...ape yg akn berlaku..ingin
bertanya tp aku tkut kalau2 dia terasa hati..Ye la aku pn bkan baik sgt,bru bertatih utk
berubah,..t ape plak kata dia kan tp entahlah (speechless)........                
                              

Peringatan dan amaran untuk ku n yg laen2 :
                                  
MATI tidak kira masa,andai sampai ajal kita
perlu tempuhi meskipun mahu atau tidak kerana itu JANJI ALLAH..Hidup di dunia bkan
slamanya pasti pengakhirannya adalah MATI kerana kita hanya musafir yg singgah hanya untuk mencari bekalan menuju ke kampung halaman yang sebenar (AKHIRAT)..Disanalah segalanya bermula kehidupan yang kekal abadi dan moga2 kita mendapat hidayah sebelum nyawa berada di halkum kerana taubat kita xkan diterima lagi MasyaALLAH...


"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "SakaratulMAUT" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan,serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu):Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!! "
                                                                              (Surah Qaf:19) 
                                                                                        




 

                                                 


Sunday, September 26, 2010

Apa yg ada pd wanita

Stressnya mggu nie krana terlampau bnyak kerja yg kna settle..Test demi test mengunjungiku.."sesungguhnya hargailah msa lapang sblum kesempitan waktu melanda"..adoi pening kpala ditambah dgan cuaca yg agk pnas sampai nk pecah kepala..Ya Allah,btul2 menguji kesabaran diri..Dalam bilik akn n rumetku (imah) yg ditimpa sakit kepala n kami xpenah lekang dr 'koyok' di kepala..Namun masa memaksa ak utk studi eco,ye la lau xde test pnya mlas stadi tp bla tepaksa bru bertungkus-lumus nk studi..Itulah aku SHUHADA..nk bt cmne kn..Sedang asyik aku dok studi,tb2 rsa ltih n boring,ak pn cuba la blek2 kertas yg ada ats rak kcik ditepi meja studiku,lalu terjumpa satu pamplet yg diedarkn oleh akak2 senior msa bulan pose..aku tertarik untuk membaca artikel yg btajuk  "ADAKAH KITA MENUTUP AURAT atau MENUTUP URAT??".. (terfikir ak sejenak sambil bermuhasabah diri)

                                 "Wanita adalah tiang negara,jika wanita
                                itu baik maka baiklah negara itu
                                  dan jika wanitanya rosak maka
                                        rosaklah negara itu"

Begitulah besarnya peranan wanita2,oleh itu ak rsa kta perlu menghargai keistimewaan yg dikurniakn ke ats insan bernama wanita...kelembutan wnita mampu mencair kemarahan lelaki,wanita sumber inspirasi kpd ank2,pembakar semangat jihad dalam kalangan lelaki..(cmtu la lbh krang yg bleh ak gmbrkn,btul ke x xtaula..huhu)
           
          
      "Dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) ,dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkn perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala merekadan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ,atau bapa mereka ,atau bapa mertua mereka , atau anak-anak mereka ,atau anak-anak tiri mereka , atau saudara-saudara mereka ,atau anak bg saudara-saudara mereka yg lelaki mereka ,atau anak bg saudara-saudara perempuan , atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka ,atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan  mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH,wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu berjaya"
                                                                                                            (surah An-Nur :31)

Thursday, September 23, 2010

Kelalaian dalam solat


“Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai.”
Surah Al-Ma’un :4-5.
.
Apakah maksud dalam keadaan lalai dalam ayat ini?
.
Pertama, mereka lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan itu.
.
Kedua, mereka lalai dengan kedatangan waktu fardhu solat ataupun mereka ingat
 waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar dsb
Orang yang telah sampai keperingkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu dan solat di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat, ia telah direzabkan oleh Allah untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
.

Ketiga, mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah, walaupun mendirikan solat, namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat yang diperintahkan oleh Allah.
Iaitu dengan niat yang bukan kerana Rindu mengadap Allah, bukan kerana mahu taat kepada suruhan Allah dan bukan kerana cintakan Allah.
Tetapi kerana sebab-sebab lain: -takut orang nampak diri tak solat, takut mak marah, terasa sebab Islam, jadi terpaksa solat dsb

P/S:smoga solat yg kita kerjakn diterima oleh ALLAH dan dapat menyucikan hati nurani kita dr bisikan2 syaitan yg sentiasa mengikuti kita utk menyesatkn keturunan nabi Adam a.s.. 


Wednesday, September 22, 2010

Bangun dngan imej baru

Setelah hampir dua minggu bercuti sempena Aidilfitri,ahad 19/9 ak memulakn kuliah..Pagi yg hening dan indah aku mulakn dengan memanjat 1001 rasa dengan penuh kesyukuran kerana masih diberi kesempatan menghirup udara segar diatas bumi milik-NYA..msih mampu meneruskan perjuangan yg dipertanggungjawabkn keatas diriku ini..Namun hri itu ak ckup gementar dan takut untuk melangkah ke kelas kerana muncul dengan imej bru yg mungkin dianggap segelintir  bdak2 kelas dengan istilah "warok" kerana berpakaian ala2 ustazah..
      "Apakah reaksi mereka agknya ek?"..persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku..
Semasa sedang bersiap2 ke kelas,ingin ku capai tudung utk melengkapkn diri sebelum ke kelas..Rumet ku memandang ke arah ku dengan penuh kehairan lalu bertanya "la adaa,pakai tudung besar tu ke nak pergi kelas?"...Hatiku berdegup kencang dengan persoalan yg bru shaja meluncur laju keluar dari mulut manis rumet ku,bimbang apakah persepsi yg bermain di fikirannya tentang aku..Lalu ku pandang kearahnya bersama sebuah senyuman yg sukar ku tafsir(takut,malu n sebagainya) dan mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaannya itu...
    Selangakah kaki ku melangkah ingin keluar dari pintu bilik,ak di datangi clasmateku dan memandang kearah ku lalu menyentuh dahiku n berkata "adaa ker nie?...adaa ok x nie?...kenapa pakai camni?.."Sekali lgi aku terpana dengan soaln tu tp mnjawab sambil tersengih "bru berhijrah".....Lalu melangkah lemah menuju ke kelas dengan semangat yg tnggal sedikit kerana berterbangan bersama mereka...Namun aku perlu bertahan kerana keputusan utk aku brubah telah ku buat,ak xbleh berpatah blik...YA ALLAH  kuatknlh imanku dan pandulah hambamu ini dalam mencari Barakahmu dan berada dalam naungan kasih sayang-MU..
      Bermulah kehidupan yg ku anggap baru dan pelbagai persoalan yg ku terima rentetan imej ku seperti "semua tudung adaa labuh2 camni ker?"..Ak tersenyum dengan soaln tu lalu ku jawab "xde la semua,kadang2 adaa paki gk tudung cam dlu..adaa just nk menutup aurat"...itu lh jawapn yg ak kemukan...
     Yalah kan sape xpelik,kalau dulu tudung ak belit sampai nk tersekik leher dan tanpa aku sedari tudungku tidak melepasi dadaku yang sepatutnya menjadi aurat yang perlu ak pelihara untuk kesempurnaan wanita islam....dlu bila tgk org yg bertudung labuh kawan selalu ckap :kita bila nk jd camtu jgk adaa"...:tunggu bla dapat hidayah" smbil gelak ketawa seolah- olah lucu bgiku...Ya ALLAH ampunkanlah hamba-MU yang daif ini...
.     Ku berharap impianku ini tidak angan2 tahi ayam..Moga aku sentiasa beristiqamah melaksanakannya...Kerana tarikh kematian kita tidak diketahui sepertimana kelhiran kita..
     
      
     "Tiap2 yang bernyawa akan merasai mati,bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasanmu.Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.Dan(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini(meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang2 yang terpedaya.
                                                                                           (surah Al-Imran:185)



pic time intersesi
  



imejku kini n InsyaAllah utk selamanya hrapnya
        

Monday, September 20, 2010

Sekadar gambar

fatin n meme n ummume n farah
nie suma posing sblum n slepas kelas eco...baek kn ktaorang wlpn cuaca agk pnas namun masih g kelas abah yg agk mengantuk..huhuhu..bak kata orang pergi untuk ambik berkat...fighting2 kwan2ku,final da nk dkat,harap2 sem nie gempak pnyer....

Thursday, September 16, 2010

Akan pulang ke kampus

Hari ini,hr terakhir aku berada di rumah..Esok akn pulang ke dungun untk meneruskan kehidupanku..mud utk study blum ade lg,mud raya msih menyelubungi diri..Namun perjuangan perlu diteruskan..

Permulaan

Ini permulaan blogku,sudah lama mengimpikan punyer blog..hihi..khas bt semua tatapan lapisan..