Saturday, August 20, 2011

Ragam Sekeping Hati

Sabda Rasulullah:Ada satu segumpal darah yang berperanan besar,jika baik gumpalan itu maka baiklah seluruhnya..iaitu HATI....

Bismillahirahmanirahim....
xnk cakap byk,layan jerrr.............................
__________________________________________________________________________________

RAGAM SEKEPING HATI

Puas aku mencari cinta yang boleh memberi kebahagian buat diri ini..Aku mencari kasih seorang insan, diakhirnya kekecewaan dan kesakitan pada jiwa yang aku perolehi..Ku cari sayang seorang sahabat, seringkali aku ditinggalkan kerana mereka juga punya urusan tersendiri..Kekecewaan lagi aku dapati..Lantas aku berfikir,apa yang sebenarnya kuinginkan..Lantas KAU hadirkan aku cahaya yang aku perlukan dalam erti kata yang sebenar-benarnya untuk aku menerangi jalan kehidupan yang akan susuri sebelum kembali bertemu KAU wahai Kekasih Agung..Akhirnya ku temui ketenangan disebalik cinta yang selama ini ku cari..YA ALLAH baik nya DIA sudi memberi dan tidak pernah marah kepada hamba-hambanya,Senantiasa menunggu kita menghampiri pintu taubat untuk kembali pulang berada dia atas landasan yang benar.Moga-moga kita pulang dengan hati yg baik lagi tenang.


Haura Humaira termenung  dihadapan monitor setelah menyiapkan tugasan kuliahnya.Tiba-tiba kepalanya berpinar-pinar,meminta untuk dia merebahkan badan ke katil..Mungkin menuntut rehat buat jasad kerana seharian digunakan tanpa berhenti..Sungguh Humaira merasa tertekan kerana sudah seminggu dia tidak makan dan tidurnya kurang,semuanya gara-gara putus kasih dengan seorang lelaki ..Sungguh dia terasa sedih,kasih sayang buat lelaki itu sungguh mendalam..Terasa dunia ini sungguh tidak adil,bahagia yang dikecapinya hanya sekejap..Kenapa,Sudah tidak ada ruang buat dirinya untuk bahagia?Dia seringkali kesedihan..

Beberapa hari yang lalu............

Sms yang diterimanya membuatkan hatinya terluka..

“Tolong jangan ganggu saya lagi,saya rasa kita sudah tidak serasi lagi..Untuk pengetahuan awak saya bakal bertunang akhir bulan nie..Salam.”

Sender:Adam Lutfi

Tergamam Humaira dengan mesej yang baru diterimanya..Terasa bagai batu besar yang menghempap dirinya..Setelah setahun menjalinkan hubungan sayang dan cinta,pengakhirannya adalah kecewa.Humaira malas hendak memanjangkan kisah ini,baginya kalau orang sudah tidak sudi untuk apa lagi merayu..Tiada gunanya lagi,biarlah kekecewaaan ini ditelan seorang diri..Meskipun kasih sayang nya terhadap lelaki itu sungguh  mendalam,dia masih punya harga diri..Tidak akan sesekali dia merendahkan martabatnya untuk merayu-rayu pada lelaki itu..TIDAK....

“Haura sabar ya?mungkin ada hikmah Haura putus dengan Adam Lutfi”..nasihat Farahamira buat Haura Humaira hanya dibalas dengan senyuman yang tawar

“iyela Haura,lelaki tu tidak layak buat dirimu..sungguh kejam tindakanny padamu”...Sambung atikah lagi..

“Haura tak apa-apa,korang janganla risau..Cuma mungkin ambil masa sedikit untuk melupakan dia”..Jawab Haura Humaira dengan senyuman yang dimaniskan namun tidak semanis luahan rasa yang terkandung dihatinya..

Kau seorang yang kuat Haura Humaira,sungguh Addam Lutfi tidak layak buat wanita sehebat engkau sahabatku..detik hati Farahamira

“Kalau macam tue kami balik bilik dulu ya Haura,esok jumpa kat kelas ya..”...Pinta atikah setelah jam merangkak ke angka 12 a.m..Hal ini kerana mereka punya kelas keesokannya 8.00 pagi..

“Ye la.Haura pun sudah mahu tidur,terima kasih ya atikah dan amira atas nasihatnya”...jawab Haura dan menghantar mereka hingga pintu biliknya..

Malam merangkak dengan pantas,namun Haura Humaira tidak dapat melelapkan matanya kerana terlalu sedih memikirkan kisahnya dengan Adam Lutfi..

“Nanti kalau kita kahwin,kita buat pelamin tema merah putih ya Haura”..Kata Adam Lutfi disuatu petang tatkala mereka berdua sedang berada di tepi persisiran pantai menghirup udara segar lagi nyaman..

“kenapa mesti merah putih?”..soal Haura Humaira

“Sebab merah lambang kasih sayang antara kita yang sentiasa hangat dan tidak pernah pudar .Kalau putih pula tanda sucinya cinta kita hinnga akhirnya..”...Terang Adam Lutfi dengan panjang lebar

Ah kenangan lagi....desis hati Haura Humaira,akhirnya dia terlena bersama kenangan-kenangan itu..


Hidup Haura Humaira berjalan seperti biasa meskipun hari-hari yang dilalui tidak seindah dulu.Sedar tidak sedar,hampir lima bulan dia dan Adam Lutfi berpisah..Walauupun masih sedih Haura Humaira sedar hidup perlu diteruskan..

Disuatu petang yang hening,Haura Humaira terasa sungguh bosan lalu dia terpanggil untuk mengonlinekan setelah berbulan-bulan  kotak email dibiarkan dan akaun facebook berbulu-bulu notification..Setelah setengah jam meneliti email dan notication dibalas yang mana dirasakan perlu sahaja..Tetiba sedang asyik membelek-belek ruangan home facebook,dia tertarik dengan ruangan suggest friend ditepi dengan nama seorang cikgunya Hamizah Hanapi,lantas diklik nama itu dan terus di add untuk menjadi friend..Setelah selesai di add,Haura Humaira membelek-belek info tentang cikgunya itu..Sebenarnya beliau adalah anak cikgu yang mengajar disekolah lamanya..Sedang asyik meneliti info cikgu Hamizah dia tertarik dengan link blog beliau,lantas diklik untu meneruskan bacaannya..Rasa berkobar-kobar untuk mengetahu perkembangan cikgu itu..Entahlah pertama kali melihat wajah cikgu Hamizah,Haura Humaira dapat merasakan sesuatu ketenangan...

Sepetang Haura Humaira meluangkan waktunya membaca blog Cikgu Hamizah..Haura kagum dengan cikgu Hamizah,meskipun merantau ke bumi inggeris beliau masih lagi berpegang kukuh dengan agama islam,yang paling penting cikgu Hamizah telah berubah..Berubah dari segi personalitinya yang sudah bertudung labuh dan kelihatan seperti seorang muslimah sejati..Haura sungguh kagum dengan cikgunya itu..Rasa tidak puas untuk membaca  coretannya dikanvas putih itu yang banyak membuka hati dan mindanya.Namun kekangan masa dan tanggungjawabnya,Haura Humaira terpaksa melupakan hasratnya untuk berlama-lama membaca coretan yang terbentang diatas kanvas putih itu...


Semakin hari,Haura Humaira merasakan ada sesuatu yang berlegar didalam hatinya..Namun dia tidak pasti apakah yang dipinta oleh hati kecil..Setelah hampir lapan bulan berpisah dengan Adam Lutfi,Haura Humaira dapat merasakan dia perlukan cinta namun pada siapakah cinta itu harus disandarkan???....Hampir setiap hari,Haura Humaira akan membaca coretan cikgu Hamizah diblog beliau..Dari masa ke semasa Haura Humaira menanam tekad untuk berubah dan ingin menjadi seperti cikgunya itu meskipun dia tahu tidak mampu menanandingi dengan wanita hebat namun cukuplah mencontohi beliau menjadi wanita muslimah yang solehah..

Dari hari ke hari Haura Humaira berubah,bermula dari pemakaian sedikit demi sedikit dia memperbaiki akhlaknya..Dia juga telah menyertai persatuan-persatuan yang berkaitan baitul da’wah..Dia banyak memegang jawatan dalam persatuan-persatuannya serta semakin berkembang dalam menghubungkan hubungan silaturahim sesama insan..Sungguh dia gembira,meskipun dia terpaksa berkorban dengan keperluan diri demi memenuhi tuntutan agama.Dia rela dan merasa seronok dengan kehidupan nya baru..Sungguh dia merasakan dirinya bagai mati dan dihidupkan kembali dengan suasana yang indah kerana dikelilingi insan-insan yang cinta kepada agama..Dia sekarang ini bangkit sebagai seorang Da’ie yang sentiasa berstrategi menghampiri ma’du nya...Haura Humaira berpegang pada kata “Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada..”-Imam Syahid Hassan Al-Banna ..Oleh itu dia tidak mahu sia-siakan cahaya hidayah yang ALLAH kurniakan buatnya..Cukuplah 18tahun hidup dalam kegelapan,izinkan diri mengecap bahagia dengan mencari cinta yang Agung.Dia Yakin tiada cinta yang mampu memberi bahagia buat dirinya..Baru kini dia sedar dan tahu siapa yang berhak disandarkan cintanya agar tidak dikecewakan lagi..

Kini dia sedar untuk membina baitul muslim yang kukuh dan senantiasa dinaungi rahmat serta keberkatan seharusnya tidak didasari dengan tapak maksiat kerana ia boleh menghancurkan institusi kekeluargaan dikemudian hari..Cara yang syaro’ dalam hubungan perlu dititikberatkan..

“Oh Tuhan cantiknya perancangan MU.Di sebalik kekecawaan yang aku hadapi dulu kau hadiahkan aku cahaya keinsafan dan keimanan yang tiada bandingannya walau dinilai dengan wang ringgit..Terima kasih YA ALLAH kerana masih memberi belas ihsan buat hambaMU yang kerdil ini”....



“Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama, sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak ditemui, carilah ketika kamu mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada Allah dan pintalah hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.” Imam Al-Ghazali




Namun dalam meniti hari mengapai Redha Yang Maha Esa,Haura Humaira sekali lagi diuji dengan kehadiran cinta seorang lelaki...Haura Humaira terduduk sambil memikir apakah Tuhan tidak sudi menerima dirinya..Pun begitu Haura Humaira cepat-cepat beristighfar dan memikirkan kembali tujuan apakah manusia diciptakan dan dimanakah panduan yang seharusnya digapai apabila ujian menyentuh tangkai hati..

Firman Allah swt:



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]



“Salam, boleh saya berkenalan dengan saudari?sudah lama diri ini perhatikan diri saudari..Besar rasa hati ini kiranya saudaru sudi menyambut salam perkenalan ini..”-Pengemis cinta illahi (Ahmad Ibtisyam)





Mesej-mesej yang diterima dari Ahmad Ibtisyam sedikit mengugatkan ketenangan Haura Humaira dalam meniti hari yang ditekadkan hanya untuk ALLAH Yang Maha Agung..Namun satu mesej pun tidak dibalas oleh Haura Humaira,dia tidak lagi mahu tengelam dan lemas dalam ukiran cinta manusia..Cukup dulu sekali dia tewas pada perjuangan kerana tidak mengerti cinta hakiki dan cinta palsu buatan Manusia..


Hari-harinya diteruskan dengan aktiviti-aktiviti menyibukkan diri dalam urusan berpersatuan agar diri tidak terleka dengan perasaan yang mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang sememangnya untuk menyesatkan manusia..


______________________________________________________________________





Disuatu Petang..(Perpustakaan)


“Haura,boleh saya bercakap dengan saudari sekejap?”..disapa oleh seorang lelaki


“Maaf,kalau boleh saya tahu saudara mahu bercakap tentang apa?apakah ia penting?...”jawab Haura Humaira dengan pertanyaan kepada lelaki itu


“Tentang kita..saya nak kan kepastian dari saudari..Sungguh saya betul-betul ingin mengenali awak,Haura..Tolong la bagi saya peluang..”.Rayu sang Lelaki itu


“Tentang kita?”..soal Haura Humaira sambil terbeliak matanya kerana terkejut pada kenyataan pemuda itu


“Ya..”jawabnya ringkas lagi tanpa ada sekelumit rasa gentar


“Setahu saya kita tidak pernah ada apa-apa kaitan,dan maaf saya tidak berminat untuk mengenali saudara kalau hanya untuk perkara sia-sia”..nyata Haura Humaira dengan tegas sambil berlalu ke meja lain setelah diganggu sebentar tadi,konsentrasinya sedikit terganggu...





Haura Humaira meneruskan aktivitinya untuk menelaah pelajaran..Dia malas hendak melayan pemuda yang dirasakan langsung tidak menghormati perasaannya dan privasinya..Fokus utama Haura Humaira adalah pelajaran dan yang paling penting semester ini adalah semester akhir untuk dia menghabiskan pengajian.Dia tidak mahu menghampakan harapan keluarganya.


Namun kisah pertemuan Haura Humaira dan Ahmad Ibtisyam tidak tamat disitu,bahkan beliau sering diganggu dan diekori oleh pemuda itu beserta dengan soalan-soalan yang merepek..


“Haura,kenapa asyik mengelak jumpa saya..Saya betul-betul ikhlas ingin mengenali awak..Saya nak jadi kan awak sebagai ratu hati saya dan bakal ibu kepada anak-anak saya nanti,ibu mithali dan isteri yang solehah”..lantang bersuara tanpa merasa malu dengan ungkapannya itu


“Saudara Ahmad Ibtisyam yang saya hormati kerana Allah,usah awak terkejar-kejar untuk mengenali saya tapi kejarlah masa untuk kenali Pencipta Yang Agung kerana dengan Mengenali DIA awak akan mengerti erti cinta yang sebenarnya..DIA tidak pernah kecewakan kita..Saya tidak pandai untuk menasihati awak tapi pesan saya Cuma satu,manusia tidak pernah setia dan seringkali mengecewakan kita kerana fitrah manusia sememangnya tidak sempurna..Carilah cinta ALLAH kerana nikmatnya kita akan perolehi tanpa dapat diungkap dengan kata-kata tapi hati akan mengakui nikmat itu...Maafkan saya..”...ungkap Haura Humaira lantas berlalu pergi meninggalkan syabab itu yang jelas tergambar kehampaan diwajahnya.




Selepas diberikan nasihat percuma oleh Haura Humaira,Ahmad Ibtisyam tidak lagi muncul dalam kehidupannya..Alhamdulillah,sungguh Allah tidak akan uji hambanya diluar batas kemampuannya..Kehidupannya kembali tenang..Lagi sebulan Haura Humaira akan menghadapi peperiksaan sekaligus menamatkan pengajian.Walaupun begitu Haura Humaira sedar bahawa tanggungjawab untuk belajar tidak akan tamat hingga ke liang lahad..






Hari ini akhirnya Haura Humaira tersenyum puas dan gembira sambil mengucap kata syukur kerana dia berjaya menamatkan pengajiannya..Mulai saat ini dia sudah tidak lagi bergelar mahasiswa kerana bakal memasuki alam pekerjaan..Namun,disebalik senyuman itu ada satu rahsia besar yang terlindung dibalik tabirnya..Sebelum Haura Humaira dan keluarganya berangkat dari rumah pagi tadi dia sempat mengonlinekan diri dan diruangan facebook ada tanda mesej yang masuk dan perlu diberi perhatian.


Sangka Haura Humaira mesej yang mungkin kerana chat dengan kawan yang kadang-kadang offline menyebabkan ia muncul sebagai mesej,namun sebaliknya..


Salam perjuangan buat ukhti Haura Humaira,


Moga Sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa..Sudah lama ana menunggu saat ini untuk mengutuskan e-mail buat saudari namun akal waras melarang sekeras-kerasnya.Sebetulnya ana takut untuk mencoret kata-kata ini buat ukhti,namun setelah istikharah dan melakukan musyawarah dengan keluarga terutama ayahbonda,ana yakin untuk menyatakan hasrat ini..


Ukhti,


Mungkin ukhti tertanya-tanya kemana ana menghilang setelah pulang dari menunaikan umrah tempoh hari..Bukan tidak mahu mengutuskan khabar,namun ana tahu sejauh mana pun niat kita untuk berkawan,kita tetap bukan mahram (cara tidak pernah menghalalkan matlamat).Di mekah ana banyak disedarkan tentang hakikat sebenar-benar apa yang sebetulnya islam kehendaki..Maafkan ana..Dan ana juga dikhabarkan bahawa ukhti juga sudah berubah..Alhamdulillah..


Namun bukan itu yang ana ingin nyatakan disini.Biarlah ana terus focus kepada pokok yang ingin dituju..Sebenar ana takut kepada maksiat hati,takut nanti hidayah yang sama-sama kita perolehi ditarik kembali oleh Ar-Rahman,kerana hidayah yang diperolehi sungguh indah setelah sekian lama hidup dalam kegelapan...cukuplah hanya sekali hidup dalam belenggu kegelapan,harapnya janganlah ia bertandang kembali...MasyaALLAH Nauzubillahi min zali’k..


Ukhti,


Oleh itu andai ukhti sudi,ana ingin menyatakan hasrat bahawa ana sudah bersedia untuk membina tautan hati bersama ukhti untuk membina baitulmuslim yang mawaddah sakinah warahmah...kerana ana yakin ini adalah waktu yang sesuai buat kita kerana ukhti juga telah menamatkan pengajian..


Email ini hanya untuk menberitahu  ukhti. setelah 2hari lalu ana berjumpa dengan ayahbonda ukhti untuk menyatakan hasrat itu..Apa pun keputusan ukhti ana terima dengan hati yang terbuka dan redha.Ambillah waktu yang diperlukan untuk membuat keputusan..


:FARIS AUDAH


Sungguh Haura Humaira terkedu,akhirnya terjawab segala persoalan yang berlegar-legar dibenak ruangan tentang kebisuan pemuda ini...YA ALLAH andai dia adalah susuk tubuh yang tercipta buatku luh Mahfuz,maka KAU  permudahkanlah urusan kami dalam menuju redhaMU...MasyaALLAH indahnya aturanmu Ya Rahman,sungguh aku hanya hamba yang diberi belas ihsan dari MU..

Monday, August 8, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Bismillaahirahmanirahim...
Sudah lama jejari meronta-ronta untuk menari diatas keyboard,namun hatiku belum kuat untuk mencoret sesuatu entri kerana apa yg tercoret diatas kanvas putih itu adalah janji kita pada diri untuk mengotakan..Hari nie hari kelapan umat islam menunaikan rukun islam ke3 inshaALLAH moga kita tidak terputus dari rahmat-NYA kerana tnpa belas ihsan dari-NYA mana mungkin kita dapat melaksanakan Puasa..Moga Ramadhan tahun ini membawa seribu mkna dlm diri kita, ini kerana ia adalah plattform untuk kita membuat anjakan kearah kebaikan.Rugi andai kita membiarkan bulan ini sepi tnpa sebarang perubahan berlaku pd diri kita..Mane tahu,mungkin ini Ramadhan yg terakhir kita sebelum pulang ke negeri abadi...Banyak amalan yg boleh kita lakukan antaranya membaca al-quran,memperbanyakkan solat sunat dan bertasbih serta zikir.."Oleh itu Ramadhan digelar madrasah Ramadhan"...moga2 diakhir Ramadhan nanti akaun kita aktif dan amountnya penuh...Salam Ramadhan bt semua..^__^...
     "Jangan takut untuk mati kerana hanya dengan mati akan mempertemukan kita dengan syurga, yang perlu ditakuti ialah bekalan untuk menuju hari mati..."