Thursday, December 23, 2010

Hidup yg ingin ku kongsi




Bismillahirahmanirahim.......
     Alhamdulillah ALLAH msih menganugerahkn diri ini kesihatan yg bek...Syukur dipanjatkan kepada-NYA..Beberapa hr lg akn plang ke dungun utk meneruskan kehidupan dan perjuanganku terhadap masa depan diri..Entahla,kadang2 hidup nie sukar diduga kerana kita xpernah thu takdir yang akn berlaku keatas diri sehingga tiba masanya ia akn berlaku..Namun ak cuba utuk menerima segala ketentuan-NYA dengan hati terbuka dan Redha..Kadang2 ak terlalu lemah untuk berdepan dengan masalah dan cabaran yg menduga semangatku dan iman..Kadang2 ak terleka dngan keasyikan dunia yg sementara,hidupku lelah diburu keresahan..namun ble ku berfikir sejenak,YA ALLAH rupanya KAU terlalu hampir dengan kami..,hamba2mu seringkali alpa..Ya Allah ampunilah kami,sesungguhnya kami hambamu yg lemah dan seringkali kalah dengan bisikan syaitan dan nafsu...

Analogi ALLAH sentiasa bersama kita

Ak pernah terbaca cerpen dr sebuah blog(http//:www.langit illahi)...Seorang pemuda bkan islam yg merupakan tukang gunting bertanya kepada seorang budak yg datang ke kedainya untuk memotong rambut dan usia budak itu msih di alam sekolah rendah...Adakah kamu yakin bhwa Tuhan kamu sentisa ada dsisi kamu?..lalu jawab budak itu:ya ak yakin ALLAH sentiasa bersama hamba2nya dan tidak pernah mengecewakan hamba2nya...namun lelaki itu terus bertanya untuk mengugat keyakinan si kecil itu:Lalu,sekiranya kamu mendakwa bhawa Tuhanmu sentiasa bersama kamu,mengapakah masih ramai lagi diluar sana yg msih miskin  dan hidupnya tidak terurus..
  Setelah mengemukakan soaln itu dia tersenyum kerana dia mampu mengoyahkan perasaan budak itu dan melunturkan keyakinan si kecil itu...

  Lalu budak itu berkata..Kalau begitu saya juga menganggap bhwa tukang gunting juga tidak wujud..Dengan rsa tidak puas hati pemuda itu mnjawab:mengapa tidak??saya kan ada..Budak itu kembali bertanya:Lalu kenapa kamu menbiarkan orang di luar sana msih lg kusut masai dan berambut panjang??..Pemuda itu menjawab lagi:Mereka tidak datang ke kedaiku untuk memotongnya,lalu bagaimana hendak saya potongkan rmbut mereka...Sambil tersenyum budak itu menjawab:Begitu jugalah dengan ALLAH,bagaimana ALLAH mahu berikan mereka kesenangan sedangkan mereka malas berusaha..Mereka tidak datang kepada ALLAH,bagaimana kesenangan dan ketenangan ingin diperolehi??sedangkan ALLAH sentiasa memberi peluang kepada hamba2nya namun mereka yg enggan merebut untuk memperolehi peluang itu...Lalu pemuda itu terkelu kerana akur dngan kata2 si kecil itu yg penuh bermakna dan beliau memeluk islam..

Kesimpulanya

  • ALLAH tidak akan akan mengubah sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya..
  • ALLAH sentiasa disisi kita dan tidak pernah menghampakn harapan hambanya..
p/s:cerpenya leh kurang gitu..sb ak ingt2 lupa..

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

Salam Ma'al Hijrah bt semua umat islam


Akhirnya tahun 1431H berlabuh tirai meninggalkan kita,tahun bru 1432H datang bertandang..Moga kita dkurniakan seribu kebaikan,dberi rahmat dan sentiasa dinaungi dengan payung kasih sayang dari illahi..Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk sama2 melalui tahun baru hijrah ini..Usia sudah menjangkau awal 20-an,sesungguhnya sudah lama aku hidup dibumi ALLAH..Setiap orang ade azam bila tahun baru menjelma,btul tak??xkirala thun bru islam ataupun masihi...Sama la cam ak.tahun2 lpas pun xpernah mis tanam azam,tp sampai sekarang xberbuah2..Harap2 tahun nie lebih menyinar dalam kehidupanku,moga sentiasa diberi Hidayah serta istiqomah dalam melaksanakan tanggungjawabku..Sesungguhnya mehnah dan tribulasi yang datang singgah dalam kehidupanku adalah pengubat untuk mentarbiah diri ini agar lebih matang dan sabar...
  
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.” Surah Al-’Asr ayat 1-2.

Ak terpikir sejenak,sesungguhnya sudah terlalu banyak masa muda remaja dihabiskan tanpa haluan (tp xbmkna ak xbguna n suka men2 k)...Maksudnya camnie,ak belajar tetapi kadang terlupa niat lillahi Taala,Yela kita sebagai seorang islam nie perlu memulakn sesuatu kerana ALLAH..bru la dpt untung kt dunia dan tambah saham kt akhirat...
   So wahai sahabat2ku ayuh kita melangkah mengejar keredhaan ALLAH dan sesungguhnya jauhkanlah kita dr golongan yg berada dalam kerugian...

Jangan biarkan kemuncup yg melekat di kain kita menjadi penghalang kepada perjuangan,sebalik teruskan melangkah dengan gagah dan berani untuk mencpai impian dan Redha Yang Maha Esa...

“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-’Asr ayat 3

Akhirnya moga2 kita adalah golongan orang2 yang beriman..Amin...Barakallah....

p/s: warna purple org yg suka kn ilmu,jom tanam minat kt wrna tue..hehe(sekadar promotion)

Sunday, November 28, 2010

kepulangan Tiara dnantikan

baby2 itik
ermm msti korang ttnya2 kn sape??hehehe...Actually dia nie ank itik yg br dbli along ak n blum lg ak tgk rupenya,hnya gmbar mjdi pngubat rindu..kihkih(tergediks plak)..Da lama ak nk miliki teddyduck(angah ak bg nm tu,huhu)...Akhir ak tercapai,xkesahla wlpn dia kcik..kiranya skrg ak da ad 2itik yg kwan dgn dolphin tu adk tiara,nma ak blum dpt ilham meskipun tlbih dhlu dia yg ak ada sblm tiara...erm kalau korang nk thu blog sempena nma itik ak la, english=duck..ssje ak tmbh jd ducky bia sdap ckit..hehehe..erm dolphin tu ak sje bli bt tman ank itik yg kcik tue..erm yela ak pham isi hati xleh duk sorang t borink,lgpom mne thu kn dpt ank mix..sparuh ikut itik n separuh lg ikut dolphin (bleh korang byangkn x rupa ank tu cmne??..hehehe..ssje nk uji minda korang)....

kembar ank2 itik
p/s:tue je post kali ini yg ak dpt bt,t tiara smpai umah ak ambek gmba dia byk2 k      :trimas yea alongku(suke2 ank itik tu) n tuk angah plak (bwk blik tue elok2 ya tiara ku)

Thursday, November 25, 2010

Kahwin...????

Ntahla tetiba je nk post sal nie kt blog..Rmai org ckap kalau nk kawen kn bt persediaan especially bab duit..Dulu pun ak terlalu naif bab kawen2 nie,ye la bg ak abes studi,ada duit,keta n umah kawen la..Yang pling utam nk kawen ngan putera n hero la (pngaruh kuat amat..huhuhu)...Boleh lindungi kita cm novel la wlau terpish psti bsma gk akhirnya..harapn ak cm tu la..hehe...Tp Alhamdulillah ak dbri kesempatan tuk blaja erti kawen dalam konteks islam agar mudah2an mndapat Redha-NYA..
     B4 kawen jodoh adalah pilihan meskipun nama si dia telah tercatat di loh mahfuz sjak azali,namun keperibadian si dia dtntukan oleh kita kerana ALLAH mcptakn kita sekufu ...(ayt ak ambek dlm bku yg ak suka)....
      melalui artikel2 yg ak bc bnyk mnyentuh tnggngjwab..Kawen awal??hmm persoalnnya salah ke tak?..Jawapannya perkahwinan tidak mengenal usia meskipun br brusia 15thn,andai kita kita sdah berkemampuan xsalah..Kemampuan ini adalah dr segi mental n fizikal..mksudnya rohani kn mntap.yela kawenkn ke arah pmbentukan ummah..sb ap?krna kt lhir hsil dr perkahwinan ibu dan ayah kita...Bg lelaki bl dh kawen tnggjwb da bsar..bcz of wat??ingat kamu nk pimpin isteri kamu msuk syurga..Mmgla kawen nk elak dr blaku maksiat spt pzinaan..Tp utk kalau kawen semata2 nafsu tdk akn kemana2 malahan ummah akn mnjdi mndur.....(lbih kurang cm tu la artikelnya berbnyi..eh2 blh bnyi ker?.tak tak..hmm tp cmtula sdkit sbyak)
     MasyaAllah ...Tgk kawen bukan perkara main2..
ak??kawen awal?ntahla,xkot sb mak ak mmg da bg syarat lau nk kawen kn abes studi n keje dlu....Ntahla dlu ble sbut pasal kawen ak tpikir 28years old n above br nk pkir but now (malu2 kucing,hehe)...Tp ble ak utarakn soal perkahwinan,dioarang msti ckap lambat lg adaa(kn abes studi dlu)...Ble ak tnya dri mmg i'm totally not ready yet..
Ape yg ku harap dr sebuah perkahwinan??
-Dpt bina keluarga yg bhgia bsama suami yg pnyayang dan pling pnting beragama agar dpt membimbing ak ke jalan menuju syurga Ilahi..dan ak harapkn ank2 yg soleh dan solehah,tp adakah ak mampu mnjdi seorang ibu yg bek krn ibu yg bek, dpt membimbing n memberi teladan kpd ank2 namun yg pling pntg mjdi shbt tmpat mereka meluahkn prasaan n masalah yg dilalui...ntahla ak sndiri pn msih terumbang-ambing apatah lg bab agama yg ak thu tsgtlah basic dan sdah 19thun usia ak sia-siakn....Ble bce bku motivasi tdorong memikirkn hal itu...
Fokus skrang
-studi btul2...!!!jgn pkir lg n ble ad org tnya da ad pkwe ker??jwpan ku cma satu abeskn blaja dlu br pkir psal kawen..n say no couple2(hehe,chewah)....Fighting2 Adaa.....


p/s:time tlis post nie tsnyum2 sndri skali-skala mngerutkn dahi (malu2 kucing gtu..hahaha)

Monday, November 22, 2010

Puisi buat wanita


Entahla hati terasa kucar-kacir kerana memikir tentang diri ini..Setelah 19thn hidup diatas bumi milik ALLAH,tiada satu pn lg berjasa..sedangkan orang lain memikul senjata mnghadapi musuh,mggunakan pena utk myampaikan dakwah,bekorban masa memperjuangkan islam..Tapi aku??...memikirkan tntang itu ak termalu sendiri...ntahla moga ak diberi kesempatan untuk menyusuri jalan2 indah menuju Redha-NYA kerana sesungguhnya islam itu pnuh dgan keindahan dan kesempurnaan,apabila menghampirinya jiwa yg kacau akn tenang,MasyaALLAH Tuhanku begitu agungnya nikmatmu terhadap agamaku....so merayaula mncari makmulat utk mdalami islam kerana setakat ini yg ak ada pngetahuan tntg ilmu agamaku tersangatlah basic..so ak tjumpa stu blog nie yg mngarang puisi bt wnita mukminah semua..........
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.                                                     

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
Yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu                 

       
Serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.


wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya
Kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,

Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Friday, October 22, 2010

Hatiku Terusik

Hari ini perutku menyerang dengan serangan yg kuat hingga ak rebah tuumbang menyembah lantairumah..hihi...tp seyesly ak ckp mmg skit amt lorh perutnya ari nie...selepas ak makn ubat lam kol 2lbh then tido smpai lar 4.30ptg,tu pn sb mak ak yg kjutkn..Alhamdulillah skitnya agk kurang seket n dthapnya OK la...So ak dkjut "adik ok x?bleh jlan?kita nk g manek urai.umah mak long..dia da nk  g mekah"...First2 tu ak ingt xnk pegi sb msih lg sakit perutnya tp mndengarkan perkataa MEKAH ak trus jwb "ermm adik ok,leh g"........
    So bersiapla kitaorang n smpai kt m.u dlm kol 6lbh cam tuela...Then kitaorang berbual ngan tuan rumah,makan2 n smayang maghrib..Nothing spesel but time nk blik tue yg ak teremo cket....
 "maklong, ktaorang da nk blik cz adik yng tu nk kn blik kb mlam nie"...kata mak ak smbil tnjuk kt uncle ak
  "la da nk blik,ingt ley tdo snie"...jwab beliau (mak long)

Tmpat impianku
........................So aktiviti bersalaman n sampai giliranku..............................................

"semoga mndpat hj yg mabrur n slamat kmbali pulang.........sampaikan salamku kpd Rasulullah"kataku smbil memeluknya erat agar mendapat auranyaa n moga satu hari nanti ak akn diangkat jua pergi Mekah almukaramah utk mgerjakn rukun islam yg kelima...Saat itu terasa air mata ingin mengalir dipipi...Ya ALLAH,besarnya nikmat ke Tanah sucimu..Bilakah akn ku smpai kesana,ak berdoa dlam setiap rakaat terakhirku agar ak smpat kesana sebelum nyawa bercerai dr jasad...........ALLAHUAKBAR!!!!!

YA ALLAH seluruh hambamu berkumpul menunaikn seruanmu


p/s:tenkiu kt sepupuku cz tlng blikan ubt sakit perut
    :dialog diatas dtranslate dr bhsa kelate.....

Tuesday, October 19, 2010

Perkhemahan

Bru2 nie ak menyertai kadet bomba uitm pergi berkhemah di bumbung raja (area tgganu gk la,tlupa sdah)..Kitaorng btolak dr uitm lam kol 2.30 ptg khamis,pjlanan ke sana memakan masa 2jam gk tuk smpai di tapak perkhemahan tue...aku nek bus yg first,so cpat la smpai..Da smpai kt sna tue,kna mnunngu plak bdak2 part yg lg 2buah bus kt blakang..(adoiii lama amt mnggunya)....
           Tnggu pnyer tnggu tue,dkat ngan gk la bru sampai...Da smpai tu kita org kna berbaris la plak (pdhal bkn nk g mne2 msuk utan jer pown)......so lpas da berbaris tu,kra2 ahli suma br bleh bjalan  (ampun,jauh amat tapak perkhemahan dr jalan utama,lam 2km cm tu la..Alhamdulillah kitaorng slamat smpai dkat kol 6ptg kt situ...suma org tmasuk ak berbisik ssma sndri "kita nk smbhyang ktne?nk mandi ktne?toilet ade 2jew mne ckup tuk 70 orng nie....Ttb arahan menyusul oleh ketua yg ada time khemah tu "cepat g smbhyang pastu nk dirikan khemah plak"........

smbil tnggu bas len sampai (ieka,ila aku n xthu namo gpo,huhu)
           Aku n yg lain sma2 berpandangan antara satu sama lain,lalu salah sorang dr kami bersuara "dah tu kita nk amek air smbhyg ktne"...aku n yg lain pandang ke arah sngai "kat situ  la,mane lg".."HAHHHH?.."..
time dalam bus nk g bumbung raja

muni n tkah (santai sb bjalan bsama en aziz..huhuhu)
 So da abes pasal air.......Da selesai semayang asaq ktaorg dirikan khemah suma.lam kol 7siap suma,berkumpul tuk smbhyang mghrib n isyak plak..ada la Dewan terbuka (ASTAKA)  yg kcil tp kra ok la leh muat ktaorng srmai 70 lbh....Da selesai semayang isyak ktaorg diarahkn makan then kmpul blik kat Astaka...
          Lbih kurang kol 10lbih ktaorng kmpul kt Astaka,then kt situ ktaorang dh dibahagikan dlm kumpulan..Dalam kmpulan (bdak part 1+3) tu,dberi msa tuk knal2,then smtara tnggu kol 12 ktaorang dberi permainan yg mguji minda (soaln berkaitn bomba la)...ade la seket hdiah dprovidekn...


En aziz
           Maen pnyer maen tue smpai la kol 12tgh malam,selesaila maen..SO en aziz n en ariffin(pelatih ktaorg la) bg taklimat seket tntng aktiviti malam nie (ak ingt xtvt yg funny)  "ok malam nie kta adakn xtvt nightwalk,myb around 2pg kta akn start,xtvt nie korang kna jlan sorang demi sorang smpai la kt smpng korang trun bus td..ok?"..kata en aziz mmulakn majlis..." en tkutla,boleh x klau jlan 2orng?"..tnya salah sorng bdk part 1.."erm xboleh,ala korang jgn risau kami dh pntau sumanya n kami akn jga"...Then da abes bersoal jwb tntng tu semua,kami diberi nombor giliran...sampai org yg bg no kt aku "hahhhhh no 2,owh tidakkk"...aku berpaling kearah kawanku n tnya "kah no bape?" lalu dia tmjuk no 3..huhhh..Aii tbe2 bdak tpi ak mngis "sob3 xnk no 1"...so kwan ak az volunteer tkar ngan bdk tue........ktaorng bersurai n tnggu kol 2pg kmpul blik...


ruangan astaka (ngantok amat tggu isyak..mlm 1st xtdo lorh)
             Da  dkt kol 2 ktaorng dpnngil n kmpul,pstu diaorang bg tklimat seket2...first kwan ak az dlpaskn tuk jalan....Selang 15mnit br ak dlpskn,bfre tue da suma ayt2 Al-Quran ak ingt ak bce..."ok skarang awk bleh bjalan,gudluck" kata2 urusetia yg msih terngiang2 kt tlinga ak...Lalu dengan langkah longlai n perlahan ak berjalan..500 meter dr tmpt berkumpul ak melalui jalan yg sgt snyi n gelap,xde setitis pn chaya neon..ak xdpt nk byangkn perasaan time tue,tkut amat tau.,dhla tu jalan yg aku lalui tu di sebelah kanannya hutan,sebelah kirinya sungai yg samar2 alirannya kulihat dek terlindung  rumpun2 buluh....Dalam hati aku setinggi doa ku pnjt n smbil berfikir 'lau ak mati mcm nie la kot,sorang tnpa kwan pastu kwasannya glap amat...Cuba byangkan bjalan tnpa chaya,hndphone @sebarang bnda bercahaya tidak dbnarkan bwa smsa pjlanan tue Kol 2PAGI..mak oiii tkut amat..mmg la ade checkpoint tp jaraknya agk jauh tuk smpai dr satu CP ke CP..ak jlan tnpa pndang blakang n tepi,jalan terus jer..Tp dek krana takut yg amat ak terasa ade orang yg sdang memerhati dibalik pokok2 itu...Namun ak slmat smpai ke destinasi dgan slmat n dismpng itu kami bekumpul berkongsi pengalaman tntng xtvt itu....xdpt ku luahkan dgn kata2.....




.....2nd DAYS

ak n muni (bjalan nk kuar pi kubur n masjid)
    Pg kitaorng dibawa ke kubur n masjid tuk bersihkn kwasn tersebut...then malm tu aktiviti tali pandu yg best amat kta mereka (ak xjoin cz jalan dlm keadaan glap gk,tkut amat lorh)....huhu

background tmpt khemah camtu la(blakang kami tu)
.......3rd DAYS
     hr terakhir disana hnya stu xtvt kami lakukan sblum blikmiaitu jungle treking..erm best amat xtvt tu mskipon terseksa amat merangkak di dlam lumpur..n renteten aktiviti ni ak dpat mandi setelah sehari setengah tidak mandi...huhuhuhu(baunya xdpt kugmbarkn tp ala2 bau kambing kami semua..hahahahaha)...best amat perkhemahan nie,mninggalkan seribu satu knangan meskipun berada diempat yg teruk n serba kesederhaan (sumber air : sungai shj)


p/s:gmbar tuk jungle treking akn ku upload kemudian kerana blum dicopy dr ila..TUNGGUUUUUUU...

Sunday, October 17, 2010

Doa2 harian

  
gmbar sekadar hiasan
Doa ringkas selepas solat        
 
 
  [image-z-01.gif] 
                                                            
                                                                
                                                                  Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
  
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
     
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
     
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
     
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
       
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
 
 
 
 
 
 

[image-30.gif]    
                                                     
                                                   Maksudnya:
Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku

 
Doa untuk memudahkan sebarang urusan
Maksudnya:
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


p/s:Dek kemalasan mengupdate blog nie,ak just copy jer...hope bg manfaat kpda smua...^-^

Tuesday, October 5, 2010

Aku Seorang Emo,Degil n Ego ker??


ku harapkan ank secomel ini



Msa yg cmburukan ak mybabkan ak xde msa n idea utk update blog ontime dgn perkara yg telah berlaku..Ntahla ak tertanya adakah ak seorang yg degil,ego n beremosi??,ak pn xtau ape jwapan kpd persoalan tu,kekadang ak cuba jd penyabar n cool but i'm can't...actually sepanjang mggu nie ade bad things yg berlaku kt ak..First,tension berhadapan dengan mggu akhir menjelang exam cz kuiz,test n presentation yg banyak amat...tp still cuba tuk col,tp ade satu xdent yg memang mncabar kesabaran ak yg kian tipis...Actually myb salah aku gk tp ye la keegoan yg tnggi amat btkn ak membutakn mata n memekakkan telinga..huhu (teruk tol)..

first time ak pndai bt cmtu..huhu,sadis2

             Xdent berlaku akbt dr satu presentation yg ade mslah teknikal yg byk amat..huhu..Pg tue dgan pnuh smangat ak bgun kol 4pg tuk study mandarin n bt preparation g klas cz nk present....So,around 7.50a.m ak n kwanku sorang nie gerak nk g klas yg bertempat kt bilik tayangan dlm library..Dan ktaorang smpai sna lbh kurang 8.30a.m,cpat msuk kot2la ustazah da smpai p mmg da smpai pown time tue..:p....


farah , me n fatin

        So,dgan kalut2 ak msuk p 2 org ag presenter xmai ag..ktaorang mmg rsau r time tu..ktaorang cpt2 trun tnggu dpan library.......tutt dpt msg  "adaa,--- ade smpan kt dlm pndrive x bnda2 yg kta nk present tu?"..."mne ade,korang yg pgang bkn ktaorang"...(so blaku perselisihan kecil seket kt stu)..ok xkesahla sb ade cd yg leh gne tuk slideshow...tp time msuk dlam kelas diorang duk bncang a:"ktaorang g ambik la b,kan c?" c:"k jomla,smpat lg niey"...n bla bla..ak xdengar da time tu..geram giler dh,hti hangat membara(cehh ayt mggmbrkn my situation time tu)..huhu...tp pe pown actually ktaorang pnyer group antara de best gk la (nada bngga,hihi)....

farah,fatin n ummu
      TAPI lpas kejadian tue ak gaduh ngan salah soran group member ktaorang cz ade ke patut dia g post kt fb sal xpuas ati ngan ak n ckp ak blagak jd bos..mmg bengang gler r ak bce post tue..so ak pn ape lg kn blas blik knyataan dia kt fb gk la smpai suma bdak2 pompuan kecoh "eh2 adaa n si C tu cmner?xok lg ke?smpai gaduh2 kt fb"...


        N ak bt keputusan nk face 2 face ngan dia..n time tue ak byk marah n lect dia ngan suara yg agk keras..tp akhirnya jumpala jln penyelesaian iaitu BERDAMAI.....



PERSOALAN:adakah ak nie ego,degil n emosi??
           

Friday, October 1, 2010

Penyucian Jiwa Part 1

Kita sebagai manusia mendambakan kehidupan yang sempurna dan juga memerlukan ketenangan bg mengharungi liku2 kehidupan yang penuh duri dan ranjau..Namun iman didada menjadi benteng pertahanan untuk mengharungi ujian2 yang diberikan oleh-NYA..
       Tapi dalam kita asyik merangka strategi menuju ke arah barakah-NYA kadang kala kita tergelincir dari landasan yg sebenar kerana telah diketahui iman manusia ibarat pantai yang kadangkala pasang n kekadang surut..Manusia sanggup melakukan ape sajer andai iman n takwa tiada dalam diri..Kadang benda2 yang kita rasa remeh tp hakikatnya berkait rapat dengan jiwa yang bersih,contohnya "apesal la aku susah sangat nk faham bile study @aku dh study tp nape xleh jwab jgk?"..Kita lupa andai sesuatu yang dipelajari tanpa ada jiwa yg bersih (iman & takwa) benda yang senang pn susah untuk diterima..Oleh itu sama2 lah kita muhasabah diri untuk sma2 menggapai cahaya kudus dari-NYA..
             Menurut buku bertajuk "Penyucian Jiwa" yg bru separuh aku baca terdapat 3kaedah penyucian jiwa bersumberkan Al-Quran iaitu:
                    1:Tilawah Al-Ayat
              baca&amalkan serta berfikir tentang kebesaran ALLAH yg bleh
                     menginsafkan diri betapa bekuasanya DIA menciptakn alam ini
                       segala macam nikmat n uniknya
                       
                          2:tazkiyyah
          menyucikn diri dr pbuatn keji yng menghalang kita dr mendapat hidayah dr ALLAH s.w.t,
Hiasi hati dengan sifat mulia n tawwaduk yang merupakan tapak utk menggapai hidayah-NYA.
                       
3:Ta'lim Al-Kitab wa Al-Hikmah
baca Kalam yg diturunkan n amalkn cara hidup seperti yang digariskan utk bahagia
 dunia n akhirat.
                        
             

Thursday, September 30, 2010

25 Pesanan Lukman Hakim

gambar sekadar hiasan
 Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

 Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga
.
 Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

 Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

 Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

 Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

 Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

 Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

 Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

 Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

 Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

 Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

 Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

 Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

 Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

 Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

 Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

 Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu
.
 Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

 Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

 Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

 Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

 Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

 Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Tuesday, September 28, 2010

imejku lg yg jd speku

Seperti biasa,hr ahd 26/9 ak ke kelas seperti biasa tp agk tension sb ari nie ade test..Seawl  5 ak bgn tuk sahur n stay up smpaila nk g klas kul 8.sb lau tido comfirm lwat ak g klas n of cos jd kalut...smpai kt klas,lbih kurang 45minit ktaorang tnggu..tnggu pnya tnggu ustazah xmai gk..adoila memg nsib btul la...ak ape lg bengang la,tp cpt2 col la kn ble teringat kata2 "syaitan nie suka sgt lau kita dalam keadaan amarah,senang digoda".. (ceh poyo btul ayat..hukhuk)..so ak pn g la library nk isi wktu senggang sementara menanti kelas eco bermula,xsmpai stngah jam studi mula la borink,ak pn ape lg "ummu jom kta g ambik gmbar"..hehe(teruk btulkn,dhla mls studi..aii pngaruh org lak tue..maafkn adaa ummu..huhu)

mne ek bku nie???

isyhh2 ummu tekunnya..usha tngga kjayaan k



khusyuk studi..(berlakon k)

So itulah hasil yg kami dpt spnjg brada kt library.kuang3..cntikkan??cam model gitu kan..hihi                                                           
                                                                                                                                       
ok2 bebalik kpd tjuk post aku niey,cmnie citernya...nie perbualan aku n sorang girl nie..
girl: "adaa sjak ble nie bermula pakaian cm muslimah??knapa pakai cmni siap2 ngan handsock nie                                                                                      
aku:(sambil tersengih2 fkir jwapan yg sesuai)..erm actually adaa da kawen time blek 
cuti rya ari tue..nie cincin kawen adaa..jwapku polos.hahaha....                     
girl:la ya ker(muka serius n pnuh pcya)..Ooo sb tu la adaa pkai cmni??erm(thinking2)                                                                                                       
aku:(trasa nk pcah prut..hehehe)..ha'a la,bla da kawen kna la pkai cmni..ikut ckp suami
girl:org pn nk pakai tdungla bla da kawen nanti dan bla bla bla............................
aku:owh bgusla lau cmtu..Alhamdulillah dan InsyaALLAH....                                 


Dalam hatiku berkata "camne kalau mati sebelum kawen?"...ape yg akn berlaku..ingin
bertanya tp aku tkut kalau2 dia terasa hati..Ye la aku pn bkan baik sgt,bru bertatih utk
berubah,..t ape plak kata dia kan tp entahlah (speechless)........                
                              

Peringatan dan amaran untuk ku n yg laen2 :
                                  
MATI tidak kira masa,andai sampai ajal kita
perlu tempuhi meskipun mahu atau tidak kerana itu JANJI ALLAH..Hidup di dunia bkan
slamanya pasti pengakhirannya adalah MATI kerana kita hanya musafir yg singgah hanya untuk mencari bekalan menuju ke kampung halaman yang sebenar (AKHIRAT)..Disanalah segalanya bermula kehidupan yang kekal abadi dan moga2 kita mendapat hidayah sebelum nyawa berada di halkum kerana taubat kita xkan diterima lagi MasyaALLAH...


"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "SakaratulMAUT" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan,serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu):Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!! "
                                                                              (Surah Qaf:19) 
                                                                                        




 

                                                 


Sunday, September 26, 2010

Apa yg ada pd wanita

Stressnya mggu nie krana terlampau bnyak kerja yg kna settle..Test demi test mengunjungiku.."sesungguhnya hargailah msa lapang sblum kesempitan waktu melanda"..adoi pening kpala ditambah dgan cuaca yg agk pnas sampai nk pecah kepala..Ya Allah,btul2 menguji kesabaran diri..Dalam bilik akn n rumetku (imah) yg ditimpa sakit kepala n kami xpenah lekang dr 'koyok' di kepala..Namun masa memaksa ak utk studi eco,ye la lau xde test pnya mlas stadi tp bla tepaksa bru bertungkus-lumus nk studi..Itulah aku SHUHADA..nk bt cmne kn..Sedang asyik aku dok studi,tb2 rsa ltih n boring,ak pn cuba la blek2 kertas yg ada ats rak kcik ditepi meja studiku,lalu terjumpa satu pamplet yg diedarkn oleh akak2 senior msa bulan pose..aku tertarik untuk membaca artikel yg btajuk  "ADAKAH KITA MENUTUP AURAT atau MENUTUP URAT??".. (terfikir ak sejenak sambil bermuhasabah diri)

                                 "Wanita adalah tiang negara,jika wanita
                                itu baik maka baiklah negara itu
                                  dan jika wanitanya rosak maka
                                        rosaklah negara itu"

Begitulah besarnya peranan wanita2,oleh itu ak rsa kta perlu menghargai keistimewaan yg dikurniakn ke ats insan bernama wanita...kelembutan wnita mampu mencair kemarahan lelaki,wanita sumber inspirasi kpd ank2,pembakar semangat jihad dalam kalangan lelaki..(cmtu la lbh krang yg bleh ak gmbrkn,btul ke x xtaula..huhu)
           
          
      "Dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) ,dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkn perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala merekadan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka ,atau bapa mereka ,atau bapa mertua mereka , atau anak-anak mereka ,atau anak-anak tiri mereka , atau saudara-saudara mereka ,atau anak bg saudara-saudara mereka yg lelaki mereka ,atau anak bg saudara-saudara perempuan , atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka ,atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan  mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH,wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu berjaya"
                                                                                                            (surah An-Nur :31)

Thursday, September 23, 2010

Kelalaian dalam solat


“Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai.”
Surah Al-Ma’un :4-5.
.
Apakah maksud dalam keadaan lalai dalam ayat ini?
.
Pertama, mereka lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan itu.
.
Kedua, mereka lalai dengan kedatangan waktu fardhu solat ataupun mereka ingat
 waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar dsb
Orang yang telah sampai keperingkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu dan solat di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat, ia telah direzabkan oleh Allah untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
.

Ketiga, mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah, walaupun mendirikan solat, namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat yang diperintahkan oleh Allah.
Iaitu dengan niat yang bukan kerana Rindu mengadap Allah, bukan kerana mahu taat kepada suruhan Allah dan bukan kerana cintakan Allah.
Tetapi kerana sebab-sebab lain: -takut orang nampak diri tak solat, takut mak marah, terasa sebab Islam, jadi terpaksa solat dsb

P/S:smoga solat yg kita kerjakn diterima oleh ALLAH dan dapat menyucikan hati nurani kita dr bisikan2 syaitan yg sentiasa mengikuti kita utk menyesatkn keturunan nabi Adam a.s..