Friday, October 21, 2011

Nikahkah penyelesaiannya??

Bismillahirahmanirahim....
Syukur kita kerana masih agi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan Ar-Rahman dan Ar-Rahim...Meskipun telah bnyak dosa yg telah kita lakukan namun DIA masih lg memberi nikmat dan rezeki kita...MasyaALLAH baiknya kan ALLAH s.w.t...

Mutakhir ini kita bnyak dikejutkan dengan pembunuhan bayi yang kehadirannya tidak dialukan oleh ibubapanya kerana lahir dari hubungan yang haram...sedih bila dipaparkan dengan cerita yg sgt menyayat hati cara pembunuhan bayi2 ini...Baru2 ni kita dikejutkan gara-gara anak itu tidak diterima oleh si ayahnya,si ibu yang berusia 16tahun telah mengambil keputusan untuk membunuh dengan kelar bayinya sehingga perut si anak terburai...MasyaALLAH mengucap panjang kita mendengar khabar itu...

Sebelum menyusuri hal ini dengan lebih teliti,apakah punca yang boleh mengundang berlakunya  hal ini...Secara peribadi saya merasakan punca yang utama adalah pergaulan bebas antara  anak2 teruna dan juga si dara tanpa kawalan dr ibubapa(mungkin) atau memang telah dikawal oleh ibubapa tetapi atas desakan kawan-kawan mereka sanggup melawan ibubapa asal dapat berkawan dgn sebebas-bebasnya..Bermula dari kenalan sbg kawan kemudian bertukar menjadi kekasih..Mungkin pada mereka yang meningkat dewasa atau dalam kategori muda-mudi bercouple itu perlu dan ianya menjadi kemestian..Kerana bg mereka dengan adanya pasangan kekasih mereka terasa disayangi,dikasihi,dihargai dan segala rasa yg indah2..

Persoalannya adakah nikah menjadi solusi kepada permasalahan ini?????????...
...........Wow,nikah satu perkataan kalau meniti dibibir muda-mudi,mampu mengundang senyuman dan juga hati berbunga keriangan..Namun,sahabat2 sekalian nikah bukan satu perkara yang mudah lagi senang.andai hanya bermodalkan cinta semata-mata ia tidak akan kemana-mana malahan mungkin pengakhirannya adalah perpecahan..Kerana didalam rumahtangga itu perlunya kepada kesediaan serta kesanggupan untuk menggalas tanggungjawab yg besar sebagai ketua keluarga (suami) dan penolongnya(isteri),juga perlu ada ilmu dalam mengemudi bahtera rumahtangga agar bisa mengatasi ia dari karam ketika dalam perjalanan menuju gerbang bahagia yang hakiki untuk menggapai redha ALLAH...

Dalam buku AKU TERIMA NIKAHNYA ustaz hasrizal mengatakan andai belum bersedia menukar lampin anak2 usah bermimpi untuk berumahtangga..Menerusi buku Men are from mar,women are from venus John Gray telah menyatakan sesungguhnya dalam rumahtangga itu pasti ada geloranya kerana dua insan yang ada didalam itu berbeza dan penuh dengan ragam yg sukar difahami akibat perbezaan itu...Oleh itu kita perlukan ilmu sebelum menaiki bahtera itu...Jadi sementara masih lagi bersendirian ini cedoklah ilmu sebanyak mungkin dalam menyiapkan diri untuk membina mahligai yang indah...Sesungguhnya rumahtangga itu diluarnya kelihatan seperti mahligai tapi didalamnya penuh onak dan duri... oleh itu siap sedialah dengan ilmu itu...


Oleh itu terpulang kepada individu itu dalam memutuskan samada nikahkah penyelesaian kepada masalah ini..Andai pernikahan ini hanya untuk mengelakn berlaku perzinaan,rumahtangga tidak akn kemana...Fikir2kan lah,moga dapat membuat pertimbangan yang waras...Andai belum bersedia,elakan bercouple dan kalu sudah terjebak,putuskanlah ia(xmati pun kalo clash,insyaALLAH)...Ya,cinta itu fitrah namun uruskanlah ia dengan cara yg terbaik mengikut syariat islam..Andai punya rasa tapi belum bersedia untuk menikah,usah diberitahu kepada si dia tapi luahkan pada ALLAH agar rasa itu berkurang dan mampu bertenang..ingat ALLAH sentiasa bersama kita...Usah mencari yg soleh/solehah tp jadilah yg soleh/solehah itu....

Sunday, October 2, 2011

Baitul muslim

Bismillahirahmanirahim....
Sudah lama blog dibiarkan terbuang....hukhuk...bkan malas nk menulis tp segan la bila berkunjung ke blog orang lain terasa diri sungguh kerdil untuk menukilan coretan hati kerana memikirkan diri ini terlalu dhaif tentang ilmu agama....tp sy xpeduli nk jgak kali coret kn sesuatu diatas kanvas putih...huhu..Ok2 jgn speku dgn tajuk enteri kali nie k...Bukan sb sy akn kawen dlm msa terdekat ini atau menamatkan zaman bujang akhir tahun ini..hahaha(gelak sopan)...
Menaiki Bahtera rumahtangga,siapa tidak mahu kan??Setiap insan yg lahir kedunia pasti punya angan2 untuk ada pasangan yg akan sama2 berpimpin tangan dalam melalui jalan2 yang Allah Redha untuk menuju ke syurga..Biarlah si isteri didunia ini yg akn mnjadi ketua bidadari disyurga kelak..kan2...^_^

Apakah wujud cinta sebelum kahwin
Mungkin menjadi kebiasaan muda-mudi bercinta sebelum kahwin atas alasan untuk saling kenal-mengenali agar..Saya juga pernah ditanya "awk xde pakwe lg ker?"lalu ku hnys mnjawab dengan gelengan dan senyuman.."waktu umur msuk 20-an adalah waktu sesuai untuk memilih calon pasangan hidup...huhu..entahla tp ak percaya kpd lirik lagu menunggu disayup rindu "kekasih kan datnag sesuai dgn iman dihati"...Usah dambakan pasangan yg soleh/solehah kalo diri belum ditahap itu....Tugas kita adalah mensoleh/solehahkan diri msing bukan mencari mereka...

Firman ALLAH s.w.t
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."
[An-Nuur, 24:26]
 
Yakinlah dengan janji Allah..bila sudah bersedia sempurnakanlah separuh agama itu..Bersedia bukan hanya dr segi material shj tp juga emosi dan pling penting sudut agama agar tanggungjawab didalam rumahtangga dpt dilaksanakan..Ade yang bertanya kalo kita xmampu nk buat mcm mane...Allah berfirman lagi
 
"Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[A-Nuur, 24:32]
 
Nah itu janji ALLAH maka yakinlah..Oleh itu andai sudah sampai jodoh anda laksanakannya....