Thursday, September 23, 2010

Kelalaian dalam solat


“Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai.”
Surah Al-Ma’un :4-5.
.
Apakah maksud dalam keadaan lalai dalam ayat ini?
.
Pertama, mereka lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan itu.
.
Kedua, mereka lalai dengan kedatangan waktu fardhu solat ataupun mereka ingat
 waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar dsb
Orang yang telah sampai keperingkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu dan solat di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat, ia telah direzabkan oleh Allah untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
.

Ketiga, mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah, walaupun mendirikan solat, namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat yang diperintahkan oleh Allah.
Iaitu dengan niat yang bukan kerana Rindu mengadap Allah, bukan kerana mahu taat kepada suruhan Allah dan bukan kerana cintakan Allah.
Tetapi kerana sebab-sebab lain: -takut orang nampak diri tak solat, takut mak marah, terasa sebab Islam, jadi terpaksa solat dsb

P/S:smoga solat yg kita kerjakn diterima oleh ALLAH dan dapat menyucikan hati nurani kita dr bisikan2 syaitan yg sentiasa mengikuti kita utk menyesatkn keturunan nabi Adam a.s.. 


No comments:

Post a Comment