Monday, November 22, 2010

Puisi buat wanita


Entahla hati terasa kucar-kacir kerana memikir tentang diri ini..Setelah 19thn hidup diatas bumi milik ALLAH,tiada satu pn lg berjasa..sedangkan orang lain memikul senjata mnghadapi musuh,mggunakan pena utk myampaikan dakwah,bekorban masa memperjuangkan islam..Tapi aku??...memikirkan tntang itu ak termalu sendiri...ntahla moga ak diberi kesempatan untuk menyusuri jalan2 indah menuju Redha-NYA kerana sesungguhnya islam itu pnuh dgan keindahan dan kesempurnaan,apabila menghampirinya jiwa yg kacau akn tenang,MasyaALLAH Tuhanku begitu agungnya nikmatmu terhadap agamaku....so merayaula mncari makmulat utk mdalami islam kerana setakat ini yg ak ada pngetahuan tntg ilmu agamaku tersangatlah basic..so ak tjumpa stu blog nie yg mngarang puisi bt wnita mukminah semua..........
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.                                                     

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
Yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu                 

       
Serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.


wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya
Kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku ,

Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah"

1 comment:

  1. like this poem ada..
    namun, saya cuma wanita biasa yg sgt lemah..
    bukan senang nak berjuang dalam dunia penuh cabaran sekarang.. tapi, kita tetap kena usaha kan?
    jika nawaitu kita betul, InsyaAllah..Allah tunjukkan jalan yg diredhaiNya.. Amin :)

    ReplyDelete