Saturday, February 26, 2011

Ujian ALLAH s.w.t

11 Feb 2011,around 7.35malam ak terlibat dlm kmalangan kecil...Kmlangan tu tjdi antra ak n kwnku yg melanggar skumpulan lembu..ak cuma pembonceng..erm kecedaraan ak alami xlah teruk sgt tp agkla..gigiku patah,dahiku kna beberapa jahitan dan luka2 kecil dimuka dan badan...Time xcdent blaku ak xsdarkan diri shgga ak dibawa ke ER(emergency room)...Berdasarkan maklumat yg diceritakn kwanku,kami dibawa oleh org awam ke hospital..Dan dia jgk ckap yg ak berlumuran darah,habis bju n jeansnya dgan darahku,dan time nk hospital tu ak termuntah kat atas kete pak cik tu(maafkn sy ya pak cik)...Ni 1st ak kn warded n dmasukan air(btul ke ayt ak nie?huhu)...Maybe ak cedera dimuka mnyebabkn ak diklasifikasikan di zon merah kot...
    Malam tu jgk mak n akak ak datang,sian sgt kt diaorang tpksa mai ambik ak...tp esoknyaak da boley discharged n terus blik klantan...seminggu gk ak bercuti..Ntahla sukar ku luah perasaan saat ini,sedey namun ak bersyukur kerana ALLAH s.w.t masih lg memberi peluang tuk terus hidup dimuka bumi-NYA...Namun kalau ditanya pasal sangat ak masih lagi lemah dan tiada kekuatan tuk menghadapi hari2 yang akn datang dalam kehidupanku...Ak terlalu lelah tuk mengharungi kehidupan dan dugaan yang datang bertalu2 kerana ak tidak punya kekuatan lagi...Dari segi kesihatan ak merasakan tidak pulih sepenuhnya lagi,maybe 70% ak baik...masih mengharap 100% sihat...tp bile?ak tdak punya jawapannya,namun bila ada yg bertanya ku katakan dh sihat,mls nk bersoal jwb...Ak xpernah menyalahkan sesiapa kerana yg terlibat hanya perantara dalam melaksanakan perancangan Yang Maha Berkuasa..namun tatkala letih ak hnya mampu mnyalahkan diri sendiri,mungkin ia sbg kifarah dosa ku...ak sedar,sbg makhluknya ak sememangnya diciptakan untuk diuji,istirehatku masih belum tiba...terkadang ak bersoal jawab "adakah ak layak untuk mengeluh sedang ujian ak hadapi xseberat pejuang2 islam dizaman Rasullullah s.a.w...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Banyak aktiviti yg ak xsertai,diberi pengecualian...Biar je la kalau diaorang kata ak ambil kesempatan ke apa..ak malas nk peduli...



No comments:

Post a Comment