Sunday, May 22, 2011

Perjuangan

Assalamualaikum wbt n hi everyone...

Sudah lama ak tidak menukilankan coretan di dlm blogku,byk perkara yg menari2 ditubir mata namun agk sukar untk ak meluahkan dengan kata2...Disaat momentum untuk menggapai redha-NYA semakin tidak bermaya pasti ada saja peristiwa yg mengingatkan ak tentang tempat kembalinya ak sesudah malaikat maut mencabut nyawa..Terkadang air mata tumpah ke pipi tanpa dipinta kerana menyedarkan ak tntng tipu daya dalam sebuah kehidupan yang sedang ak lalui...cantik,berpangkat dan kaya adalah rebutan manusia masa kini,namun tanpa taqwa kita bukan sesiapa pn dimata ALLAH bahkn tidak dipandang pun dgan kemuliaan walau secebis....
Bila masalah datang cpat aje kita salahkan takdir..Ak sendiri pun kekadang cpat aje "knapa ak yg kena,bkan orng lain?'
"padahal ak da bt yg terbaik tp knapa jd mcm nie"
"ah lantak r  diaorang,bt ape ak peduli"
  Firman Allah swt:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." [Al-Imran, 3:139] 

Dialog itu seringkali mnjadi monolog kita sewaktu berdepan dengan kesukaran,seolah-olah tidak redha dgn qada dan qadar..Ak juga tidak terkecuali,kadang terasa malu dengan Penciptaku kerana ak mudah mengalah dan susah untuk bermuhasabah diri..dan yg paling penting egois dan keras kepala..Sebenar ak sungguh malu kerana kalau nk dibandingkan dgn orang lain,ujian yg ak hadapi xlah besar mane pun,tp eksyen sedih jer lebih...
Firman Allah swt:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." [Al-Ankabut, 29:2-3]

Satu hari yang indah ak terbaca artikel kat saifulislam.com...citernya pasal bdak yg pegi trainning  n keberkesanan program yg dianjurkal saifulislam training..Namun bkan cerita itu yg mncuit hatiku tapi kisah seorang pelajar (mas afzal masarudin)ustaz hasrizal yang telah meninggal dunia akibat kanser..dlu ak pernah terbca kt wall kak ajah tp bt xthu jer..tp ttba ak tertarik dgn cerita itu lantas ak google blog arwah tuk mengetahui lebih lanjut tntang sakit yang dialami beliau sehinnga nafas terakhirnya..Ble ak bca coretannya,air mata tidak dapat dibendung lagi  air mata lantas tumpah ke pipi..ak tertarik dgan quote beliau "ALLAH has certainly unique way to show His Love.I hope i woll not lose my chance" n "You'll never know how strong you are until being strong is the only choice you have left"...ak tergamam melihat video ini..Betapa cekalnya hati beliau

 "cancer is a words not a sentences"
Betapa sabarnya beliau menghadapi ujian ALLAH..Kalau nak dikira ujian baginya agk besar dan hanya dengan hati yang tabah shja mampu mendepani ujian ini..Perginya beliau sebgai seorang pejuang yang besar,moga2 roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman dan bertaqwa..Sahamnya ALLAH bg kanser,saham bagi kita untuk akhirat apakah akn dikurniakan oleh ALLAH??moga2 kita juga diberi barakah oleh Yang Maha Esa..

Firman Allah swt:
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]

Sesungguhnya kematian akn menghampiri kita bila tiba tanpa mengira sipa kita diatas muka buminya..Usah kita mendabik dada atas kekayaan n kejayaan  yg kita ada kerana ia hnya amanah yg dipinjamkn oleh ALLAH bt kita..

firman Allah swt:
"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah, 2:153]

Moga kita senantiasa dibawah payung naungan rahmat Illahi....Hiasi diri dengan sabar(diriku jg sdg  fighting tuk memiliki sifat sabar itu..^_^)


mungkin akan bersambung

No comments:

Post a Comment