Friday, October 21, 2011

Nikahkah penyelesaiannya??

Bismillahirahmanirahim....
Syukur kita kerana masih agi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan Ar-Rahman dan Ar-Rahim...Meskipun telah bnyak dosa yg telah kita lakukan namun DIA masih lg memberi nikmat dan rezeki kita...MasyaALLAH baiknya kan ALLAH s.w.t...

Mutakhir ini kita bnyak dikejutkan dengan pembunuhan bayi yang kehadirannya tidak dialukan oleh ibubapanya kerana lahir dari hubungan yang haram...sedih bila dipaparkan dengan cerita yg sgt menyayat hati cara pembunuhan bayi2 ini...Baru2 ni kita dikejutkan gara-gara anak itu tidak diterima oleh si ayahnya,si ibu yang berusia 16tahun telah mengambil keputusan untuk membunuh dengan kelar bayinya sehingga perut si anak terburai...MasyaALLAH mengucap panjang kita mendengar khabar itu...

Sebelum menyusuri hal ini dengan lebih teliti,apakah punca yang boleh mengundang berlakunya  hal ini...Secara peribadi saya merasakan punca yang utama adalah pergaulan bebas antara  anak2 teruna dan juga si dara tanpa kawalan dr ibubapa(mungkin) atau memang telah dikawal oleh ibubapa tetapi atas desakan kawan-kawan mereka sanggup melawan ibubapa asal dapat berkawan dgn sebebas-bebasnya..Bermula dari kenalan sbg kawan kemudian bertukar menjadi kekasih..Mungkin pada mereka yang meningkat dewasa atau dalam kategori muda-mudi bercouple itu perlu dan ianya menjadi kemestian..Kerana bg mereka dengan adanya pasangan kekasih mereka terasa disayangi,dikasihi,dihargai dan segala rasa yg indah2..

Persoalannya adakah nikah menjadi solusi kepada permasalahan ini?????????...
...........Wow,nikah satu perkataan kalau meniti dibibir muda-mudi,mampu mengundang senyuman dan juga hati berbunga keriangan..Namun,sahabat2 sekalian nikah bukan satu perkara yang mudah lagi senang.andai hanya bermodalkan cinta semata-mata ia tidak akan kemana-mana malahan mungkin pengakhirannya adalah perpecahan..Kerana didalam rumahtangga itu perlunya kepada kesediaan serta kesanggupan untuk menggalas tanggungjawab yg besar sebagai ketua keluarga (suami) dan penolongnya(isteri),juga perlu ada ilmu dalam mengemudi bahtera rumahtangga agar bisa mengatasi ia dari karam ketika dalam perjalanan menuju gerbang bahagia yang hakiki untuk menggapai redha ALLAH...

Dalam buku AKU TERIMA NIKAHNYA ustaz hasrizal mengatakan andai belum bersedia menukar lampin anak2 usah bermimpi untuk berumahtangga..Menerusi buku Men are from mar,women are from venus John Gray telah menyatakan sesungguhnya dalam rumahtangga itu pasti ada geloranya kerana dua insan yang ada didalam itu berbeza dan penuh dengan ragam yg sukar difahami akibat perbezaan itu...Oleh itu kita perlukan ilmu sebelum menaiki bahtera itu...Jadi sementara masih lagi bersendirian ini cedoklah ilmu sebanyak mungkin dalam menyiapkan diri untuk membina mahligai yang indah...Sesungguhnya rumahtangga itu diluarnya kelihatan seperti mahligai tapi didalamnya penuh onak dan duri... oleh itu siap sedialah dengan ilmu itu...


Oleh itu terpulang kepada individu itu dalam memutuskan samada nikahkah penyelesaian kepada masalah ini..Andai pernikahan ini hanya untuk mengelakn berlaku perzinaan,rumahtangga tidak akn kemana...Fikir2kan lah,moga dapat membuat pertimbangan yang waras...Andai belum bersedia,elakan bercouple dan kalu sudah terjebak,putuskanlah ia(xmati pun kalo clash,insyaALLAH)...Ya,cinta itu fitrah namun uruskanlah ia dengan cara yg terbaik mengikut syariat islam..Andai punya rasa tapi belum bersedia untuk menikah,usah diberitahu kepada si dia tapi luahkan pada ALLAH agar rasa itu berkurang dan mampu bertenang..ingat ALLAH sentiasa bersama kita...Usah mencari yg soleh/solehah tp jadilah yg soleh/solehah itu....

No comments:

Post a Comment